
Alhamdulillah, semua urusan berkaitan hospital, pengurusan jenazah sehingga ke pengkebumian Tok Teh berjalan dengan lancar dan baik dengan izin Allah.
Selesai upacara pengkebumian. Masa untuk pulang.
Aku melihat pusara Tok Teh. Aku sedih dan Aku lega.
Aku sedih dan hiba sebab Aku dah bersama Tok Teh selama 45 tahun.
Sejak Aku lahir sehinggalah kini. Aku cucu lelaki pertama Tok Teh. Aku juga cucu paling banyak dimanjakan. Namun takdir Allah pasti.
Aku lega kerana penderitaan dan kesakitan Tok Teh di dunia dah tamat. Terbaring selama hampir tiga tahun.
Walaupun Tok Teh tidak menghidap penyakit tiga serangkai seperti diabetis, darah tinggi dan jantung atau sakit kronik lain, namun penglihatan yang semakin merosot, akhirnya menjadi asbab Tok Teh jatuh, sakit dan terus terlantar.
Bedridden, dengar tanpa sedar. Rasa tanpa daya. Kata orang sakit tua. Namun hakikatnya, itulah asbab dan ketentuan Allah untuknya.
Semoga segala kebaikan dan jasa Tok Teh diterima Allah. Begitu juga amal baktinya diberkati dan dicucuri rahmat. Hanya doa dan jariah mampu dikirimkan untuknya dan arwah-arwah lain yang telah mendahului kita.
Al-Fatihah....

