Aku tak dapat tidur nyenyak. Aku kerap terjaga dek mimpi yang tak jelas dan samar. Akhirnya menjelang subuh Aku mula dapat melelapkan mata.
Baru sedap nak lena, tiba-tiba Ain membuka pintu bilik, meluru dari luar sambil memanggil Aku. "Abang! Atuk dah tak ada!". Aku yang separa sedar terkejut dan terus bangkit, mencapai hand phone untuk tengok dalam Group Whatsapp family.
Ya Allah! Betul! Aku tergamam bila membaca mesej dari Aishah (sepupu) yang jaga Atuk kat hospital. Selesai bersiap dan solat subuh (gajah), Aku, Ain dan Erham terus bergegas ke Hospital Segamat.
Acik, Pakcik Jamal dan Pokteh sampai lebih awal. Ada juga makcik dan sepupu yang lain masa tu.
Jenazah masih di wad tempat Atuk menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kami perlu bergilir untuk masuk dan melihat Atuk.
Setibanya giliran kami, Aku dan Ain terus menuju ke katil Atuk yang sudah ditutupi tirai wad. Aku tak dapat menahan air mata sebaik melihat sekujur tubuh kaku di situ.
Aku masih belum boleh nak hadam apa yang baru berlaku...
bersambung>>>
Jeda sejenak...
Ok kejap! Diam tak diam dah masuk 3 bulan Kedai EV Media dah beroperasi. Allahuakbar. Cepat betul masa berlalu. Mula bulan Jun hari tu, sekarang dan September. Masa sentiasa bergerak pantas!
Banyak yang dah selesai, cuma lesen perniagaan masih dalam proses. Semoga Allah permudahkan segalanya.
Serius, ini memang sesuatu yang lain. Setiap hari ada sahaja perkara dan pengalaman baru yang Aku tempuhi. Alhamdulillah, Aku gembira walaupun ada masa rasa nak baran juga, heheh.
Tak kurang juga banyak pelajaran baru yang Aku pelajari yang sememangnya tak diajar di sekolah mahupun universiti.
Semoga Aku terus kuat dan sentiasa tabah. Amin, InsyaAllah.
P/s: Satu benda lagi nak tambah. Baru tau bila buka kedai yang ada servis walk-in ini memang penat bhai!! hahah
Langkah seterusnya...
Alhamdulillah...LULUS juga akhirnya. Terima kasih DBP!
Satu selesai, banyak lagi yang menanti. Tapi sekurang-kurangnya part ni dah setel.
Tuhan je tahu betapa stressnya nak lepaskan benda ni. Nampak simple kan? Tapi kalau ni tak lepas, yang lain-lain tu lambatlah jadinya.
Apapun, terima kasih kepada yang terus menyokong. Terima kasih rakan niaga yang share tips.
Doakan kami supaya dipermudahkan urusan ya. Amin. SsSaAApPP!
Unofficially official...
Ok, Alhamdulillah. 22 Jun 2026 - Hari pertama kedai EV Media telah dibuka. Tapi, ada tapi. Bak kata orang Gemereh, unofficiallly official. Belum rasmi betul.
Banyak lagi yang belum betul-betul settel. Tapi syukur dah boleh run.
Ok tu aje nak sembang sikit. Nanti Aku update lagi ya.
~ssSaAaPpP!