Alam dan Teknologi (Part 2)
Sabtu, 21 Februari 2026


Dari Part 1...
Sebaik Aku buka video tu, anak kucing tu terus terdiam dan cuba mencari-cari sumber bunyi ibu kucing tu. Ada respon nampaknya, getusku dalam hati.
---------------------------------------------------

Walaupun dia kelihatan ada respon sikit lepas dengar suara video tu, dia tetap tak nak datang ke arah kami. Masih takut-takut dan lari bila dihampiri.

Sudahnya kami berpeluh bukan sebab brisk walk tapi sebab nak cuba tangkap anak kucing ni, hehe.

"Apa kata kita patah balik rumah sambil ON kan video tu, mana tau kot-kot dia ikut kita, kalau ada rezeki dia lah..." cadang Ain. Aku dan Erham akur.

Kami bertiga berjalan kembali menuju ke rumah sambil ON video tu. Kelihatan anak kucing tu mula keluar dari semak dan cuba mengikuti kami (suara video tu).

Kami pura-pura buat tak tahu. Kami teruskan brisk walking kami. Dia semakin menghampiri kami. Tiba-tiba sebuah kereta muncul. Anak kucing tu segera berlari ke tepi jalan dan menyorok ke dalam semak.

Kami lega. Risau anak kucing tu kena langgar. Aku terus ON kan video tu, tambah lagi volume. Betul-betul kuat. Anak kucing tu kembali mengejar kami, dalam mode hati-hati. Dalam pada itu, Erham bergerak perlahan, dan mula menghimpit ke kiri jalan.

Matanya tak lekang pada anak kucing tu. Aku dan Ain meneruskan brisk walk kami sambil memerhati ke belakang.

Anak kucing tu semakin laju dan menghampiri kami. Erham memperlahankan langkah, rupanya dia nak memintas anak kucing tu dari tepi belakang!

Sebaik sahaja anak kucing itu berada di antara Aku dan Ain dan Erham, terus Erham mengambil langkah drastik menangkap dan memeluknya! Dapat!

Fuhh! Terbaik Erham. Macam ni lah anak Abah! Hhehe. Erham memeluknya sepanjang jalan ke rumah. Tenangkan dia.

Sesampai di rumah, dia diberi makan dan dikenalkan dengan kucing-kucing kami yang lain.

"Betina, nak bagi nama apa ni?" tanya Ain.

"GG - Getah Girl!" jawab Aku spontan.

Kami semua tertawa. Haha haha haha (gaya gelak 80-an)

Begitulah cerita penemuan anak kucing dan macam mana dengan teknologi dapat mengubah nasib seekor anak kucing sehingga sampai ke rumah kami.

TaMMaT!
View Archives | Back to Top