
Sabtu, 31 Januari 2026. Habis dah bulan pertama 2026.
Sejak musim durian bermula Disember lepas, sudah menjadi rutin Aku, Ain dan Erham untuk meronda-ronda mencari hasil mahsul kebun durian kami pada pagi hari minggu sebegini. Nampaknya pagi ni tak banyak sangat yang gugur. Tapi ada, bolehlah. Alhamdulillah.
Seusai sesi mengutip dan membersihkan durian-durian yang ada, Aku terfikir sesuatu.
"Jom brisk walk!", ujar Aku pada Ain dan Erham. "Jom!", balas mereka serentak!
Kami pun memulakan sesi jalan kaki kami. Santai-santai sambil menikmati udara desa yang sangat nyaman dan bersih.
Destinasi kami? Jalan kebun menuju ke sebuah tokong di kawasan lebih dalam.
Kami berjalan dari kawasan kebun durian memasuki kawasan kebun getah. Sesekali terserempak dengan pekebun dan pemilik yang kebetulan juga lalu di jalan yang sama.
Kami berbual kosong. Sembang tiga beranak sambil melawak, bergurau senda sehinggalah kedengaran satu bunyi suara halus dari semak sebelah kiri kami. Kami bertiga terdiam sambil mendengar dengan teliti dan memerhati sekeliling.
"Macam bunyi anak kucing", Erham memecah kesunyian. Aku dan Ain angguk bersetuju. Kami bertiga terus meninjau-ninjau kawasan tersebut. "Abah, sini Abah anak kucing tu!", jerit Erham. Aku menghampir belukar tersebut. "Eh! Rupa macam Shy!", ujarku separa terkejut. Sekali imbas anak kucing tu ada rupa anak kucing kami yang bernama Shy.
Tapi, tak mungkin Shy sesat sampai sini, sedangkan masa kami beredar dari rumah, kucing-kucing ni sedang santai di halaman.
Aku cuba mendekati anak kucing ni. Dia kelihatan takut dan trauma. Dia menjauhkan diri. Sembunyi ke dalam semak. Dalam masa yang sama mengiau-ngiau seolah meminta sesuatu. Semakin kami cuba menghampiri, semakin dia menjauh.
"Cuba Abang buka video ibu kucing panggil anak kat TikTok." cadang Ain kepada Aku.
Ye tak ye, kenapalah Aku tak terfikir. Nak jadi cerita, kebetulan pagi tu Aku bawa handphone Aku, biasanya Aku tak bawa kalau pergi walking-walking ni.
Sebaik Aku buka video tu, anak kucing tu terus terdiam dan cuba mencari-cari sumber bunyi ibu kucing tu. Ada respon nampaknya, getusku dalam hati.
bersambung>>>

