Sebaik berhenti, "Apa tu tadi?" soal Aku pada Ain. "Dahan pokok besar" jawab Ain sambil mengambil beberapa gambar kerosakan pada kereta.
"Abis macam mana?", soal Aku yang masih blur-blur ubi....
______________________________________________

Aku tercegat di tepi jalan sambil melihat keadaan kereta. Ain segera menelefon syarikat insurans untuk bantuan. Aku telefon adik Aku, Epi untuk memberitahu keadaan kami dan minta dia datang untuk menjemput kami di Balai Polis Gemencheh.
Sesampai di balai polis, kami terus masuk dan membuat laporan.
Keadaan menjadi sedikit tegang apabila pegawai yang bertugas seolah-olah cuba "lepas tangan". Menurutnya, tempat berlakunya kemalangan ni adalah di luar kawasan pentadbiran mereka.
Bahkan, kenyataan awal pegawai terbabit adalah meminta kami ke Cawangan Trafik Alor Gajah untuk buat laporan dan urusan lain seperti mengambil gambar kenderaan. Kononnya ini penting bagi proses tuntutan insurans.
Allah! Jammed bhai. Kereta dah eksiden, hari dah nak gelap, bawa parents pula tu. Lagi nak suruh pergi sana sini atas dasar "S.O.P".
Kami keliru, menurut hotline insuran, laporan boleh dibuat di mana-mana balai polis terdekat asalkan dalam masa 24 jam! Aku cuba menelefon beberapa kenalan dalam bidang ni untuk bertanya dan mendapat kepastian, dan jawapan mereka semua sama.
Namun pegawai tersebut tetap menyatakan seperti mana awal tadi seolah-olah tidak mahu terlibat sekaligus tidak mahu menerima report.
Mujurlah seorang pegawai senior "masuk campur" setelah melihat keadaan yang semakin panas. Beliau meminta pegawai terbabit untuk menghubungi balai trafik kawasan berkenaan iaitu Cawangan Trafik Alor Gajah.
Untuk makluman, Tampin, Gemencheh, Alor Gajah bersempadanan antara satu sama lain. Oleh yang demikian, sekiranya berlaku sesuatu seumpama ini, sedikit sebanyak akan beri kesan.
Sebaik talian disambungkan, Aku diberi telefon untuk bercakap dengan pegawai Trafik Alor Gajah. Lupa pula nama sarjan tersebut. Setelah menerangkan keadaan kami, cerita punya cerita, akhirnya sarjan terbabit hanya meminta gambar sahaja dan tak perlu ke sana.
Kemudian sarjan trafik tersebut meminta untuk bercakap semula dengan pegawai polis Gemencheh tadi dan memberi arahan selanjutnya.
Boleh aje kan? Bagi gambar! Lagipun kami eksiden dengan dahan pokok, bukannnya dengan kenderaan lain. Tak perlu pun nak ke sana.
Urusan buat report yang sepatutnya dah siap lebih awal berlanjutan hampir sejam. Syukur, akhirnya selesai.
Dalam pada tu towing truck sampai, masa untuk naikkan kereta kami untuk ditunda ke Segamat. Syukur, brader towing ni memang pro dan padu!
Tak lama lepas tu, Epi dan Ieza pun dah sampai. Bawa dua kereta, untuk bawa balik Aku, Ain, Erham, Abah dan Makcik Rahmah. Kami pun bergerak ke Segamat. Singgah Gemas untuk makan.
Masa makan, tiba-tiba Abah bersuara. "Lepas ni tak nak lagi lalu situ. Hari tu kena langgar lembu, ni kena hempap dahan pula." Wallahu'alam. Apapun kami semua bersyukur sebab semua selamat.
Aduhai, dahan oh dahan. Tengah-tengah makan, Ain hulurkan handphone nya dengan paparan side mirror Chery Omoda 5 dan harga.
RM2000++ termasuk installation!
Terus rasa nak menangis! OK malas fikir. Nantilah cerita.
TaMMaT!

