Memang cuak bro! Masa lori tu ambil selekoh, badan dia senget sampai sebelah tayar pun terangkat. Memang nampak macam nak terbalik dah! Mengucap panjang kami!
_____________________________________

Kami berlima terdiam seketika. Kering jugak darah dibuatnya. Aku beristigfar dan meneruskan perjalanan. Lebih berhati-hati. Lebih fokus. Hilang terus mengantuk.
Aku terus memandu sehingg ke satu simpang tiga. Belok ke kiri. Jalan Hutan Percha. Aku memandu tak lah laju sangat dan tak perlahan sangat. Ain dan Makcik Rahmah berbual di tempat duduk belakang. Erham leka dengan telefon.
Selepas melepasi satu jejambat, jalan dah menjadi sangat lurus sehingga penghujung simpang. Abah seakan terlelap semula lepas terkejut dengan insiden lori yang nyaris-nyaris tadi.
"Sayang! Ada monyet tepi jalan tu!", suara Ain memacah kesunyian. Aku serius tak perasan kehadiran makhluk Allah tu. Aku perlahankan kenderaan. Syukurlah mata Ain ni tajam nak banding mata Aku.
Sebaik melepasi kawanan monyet tu, Aku tekan minyak sikit, nak bagi laju. Tak semena-mena...
Dangg!!! Ada sesuatu yang besar jatuh betul-betul atas cermin depan kereta kami! Aku tak nampak apa benda tu, sebab lepas timpa cermin depan, benda tu terus terseret ke tepi jalan.
"Allahuakbar!!" jerit Aku. Cermin depan retak. Crack!
Kali ni memang Aku terkejut betul! Kus semangat! Abah pun terjaga dari lena. Semua orang terkejut. Aku terkejut, tersentak, terkesima dan seumpamanya.
Tapi, Aku terus memandu dan memandu dan tak berhenti. Seolah-olah macam tak ada apa-apa berlaku. Sehinggalah Ain berkali-kali suruh Aku berhenti di tepi jalan untuk melihat apa dah jadi pada kereta kami.
Sebaik berhenti, "Apa tu tadi?" soal Aku pada Ain. "Dahan pokok besar" jawab Ain sambil mengambil beberapa gambar kerosakan pada kereta.
"Abis macam mana?", soal Aku yang masih blur-blur ubi....
bersambung>>>

