
1 November 2025.
Majlis di Bora Ombak Grand Hall, Putrajaya.
Selesai makan dan meraikan pengantin, masa untuk beransur pulang. Selepas pertemuan ringkas dan bersalaman denga saudara mara, dan pihak tuan rumah, Datuk Shah (sepupu Abah) , Aku, Abah, Ain, Makcik Rahmah dan Erham pun menuju ke parking lot, di bahagian bawah.
Hari masih awal. Aku menyatakan hasrat untuk pusing-pusing Putrajaya dan Cyberjaya (MMU). Nak bagi Erham tengok tempat belajar Abah dia, hehehe. Tanpa bantahan, kami terus meluncur ke destinasi yang di rancang.
____________
Disebabkan sudah sekian lama Aku tak ke Putrajaya, rasa sedikit kekok memandu di jalan-jalan yang suatu masa dulu boleh dianggap laluan biasa. Ditambah dengan pembangunan dan pertumbuhan yang pesat. Aku blurr dan tau-tau aje Aku sampai Cyberjaya. Nak ke MMU pun nyaris-nyaris sesat! Heheheh.
Walaupun sekejap, dapatlah mengimbau kenangan silam di MMU ni. Macam-macam perasaan datang dan pergi. Oh kenangan....
Ok, cut short.
Kami memasuki highway. Seperti dijangka, trafik memang padat lagi-lagi weekend macam ni. Ada beberapa tempat yang perlahan, ada yang jammed lekat! sebab eksiden. Akhirnya kami exit di Tol Simpang Ampat, Melaka.
Makcik Rahmah request nak exit situ sebab nak ajak pergi beli beberapa barang untuk grandchild-to-be di pekan Simpang Ampat. Aku ok je.
Selesai membeli belah dan solat Asar, Aku tanya Abah. Nak masuk highway semula atau jalan biasa? Abah mengesyorkan untuk ikut jalan biasa (Hutan Percha). Dalam masa sama, Aku ada sikit macam rasa tak best. Tapi ikutkan aje lah.
Aku memandu seperti biasa. Lepas solat memang rasa segar semula. Lagi-lagi lepas pekena air blue ocean sejuk yang dibelanja Makcik Rahmah. Heheh. Aku memandu seadanya, taklah laju tapi tak juga perlahan, dengan hari mendung dan redup, layan aje.
Selepas melalui simpang empat Pulau Sebang, kami mula memasuki kawasan kampung dan ladang kelapa sawit. Keadaan tenang dan sikit sunyi. Ada 2 kereta di hadapan kami. Aku memandu lebih berhati-hati kerana jalan kawasan ini banyak selekoh atau corner.
Ketika menghampiri satu selekoh ni, Aku perasan ada 1 lori dari arah bertentangan yang agak laju dan hampir terbalik ketika melalui selekoh di depan kami! Aku segera tekan brek untuk menjarakkan diri dari 2 buah kereta di depan kami!
Memang cuak bro! Masa lori tu ambil selekoh, badan dia senget sampai sebelah tayar pun terangkat. Memang nampak macam nak terbalik dah! Mengucap panjang kami!
bersambung>>

