
Aku terus mencari. Manalah surat kecik tu. Satu rumah Aku selongkar. Aku siap call Zua, tanya kot-kot manalah tau, ada tercicir masa di Pengerang hari tu. Tapi "It seems... nothing came of it."
Ini bermaksud, macam kena juga pergi balai, buat report! Aduhai, malasnya rasa nak pergi report polis pasal kehilangan IC sementara tu. Kerja pula makin banyak! Aku tangguh dan tangguh. Sampai Aku pun lupa.
Daripada Disember, masuk Januari, tukar Februari, muncul Mac, datang April, muncul Mei!
Nak jadi cerita, masa dah nak hujung-hujung Mei tu. Tak tau macam mana Aku baru teringat pasal IC tu. Tudia! dekat 6 bulan Aku ke sana ke mari tanpa IC di sisi. Syukurlah tak kena tahan dengan Polis atau ada road block. Heheh.
Aku masih berbelah bahagi. Nak report atau tak? Akhirnya Aku nekad. Aku "langgar" aje lah JPN ni. Apa-apa hal pun kena hadap juga. Ye dak?
Maka, dengan tawakkal dan tekad yang bulat, Aku gerak ke pejabat JPN Segamat. Aku selawat, baca ayat-ayat bagi tenang. SssaAppP!
Masuk! Terus ke meja pengawal yang ada mesin angka giliran. Aku disapa mesra oleh abang dan akak guard di situ. Aku pun dengan rendah diri penuh kesopanan dan kesusilaan terus menceritakan situasi yang Aku hadapi.
Sambil tersenyum, Abang dan Akak Guard tu memberikan angka giliran sambil memberi kata semangat dan harapan agar masalah Aku ni dipermudah.
Aku pun terus, ke kaunter sebaik sahaja angka giliran dipanggil. Aku beri salam. Muka separa senyum dan tenang. Aku menyatakan tujuan kedatangan Aku.
Pegawai terbabit sangat ramah dan professional. Tiada menunjukkan ciri-ciri seolah Aku dah buat salah. Cap jari diperiksa. Rekod IC baru diperiksa.
Dia bangun. Masuk ke bilik khas. Kembali dengan IC baru Aku. Aku mengawal perasaan. Cuba tenang. Akhirnya Aku terima IC baru!
Sebelum beredar, Aku pura-pura tanya "IC sementara tak perlu pulang semula ke? ". Dia menggeleng sambil tersenyum.
Sepantas kilat Aku menekan butang no.5 di kaunter tersebut yang membawa maksud Kualiti Servis Terbaik! Ok tu cerita bulan 6 hari tu.
Baru-baru nni, Aku tolong zaujati, Ain kemas-kemas rumah. Maklumlah, beras Aku beli, so rumah pun kena sama-sama kemas. Heheh. Kemas punya kemas. Tiba-tiba! Dalam longgokan barang dan sampah yang sedia dilupuskan, Aku ternampak sekeping kertas, elok aje berlipat.
Aku ambil. Aku buka. Allah! Ni dia IC sementara Aku tu! Boleh pula jumpa! Ahahah.
Ok. TaMMaT!

