
Ok, kali ni Aku nak cerita pasal IC atau Kad Pengenalan.
IC Aku dah mula meretak. Ada bahagian yang dah patah terutamanya di bahagian bucu bujur tu. Aku tak tunggu, Aku segeralah ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Segamat untuk buat IC baru. Masa tu pertengahan Disember 2024.
Macam kebanyakan kaunter-kaunter jabatan kerajaan, mula-mula kena ambil nombor, tunggu, dan bila nombor dipanggil teruslah ke kaunter berkenaan.
Semuanya ok dan lancar. Tak dinafikan servis kaunter kerajaan semakin lama semakin baik. Kalau ada isu-isu kecil tu, biasalah. Mana ada orang yang sempurna, kan?
Setibanya di kaunter, Aku pun memberitahu tujuan kedatangan Aku adalah untuk membuat IC baru. Aku pun menyerahkan IC lama untuk dipotong, seterusnya pengesahan cap jari, ambil gambar foto, sehinggalah sekeping surat iaitu Kad Pengenalan Sementara dikeluarkan dan diserah kepada Aku.
Menurut pegawai tersebut, IC baru boleh dituntut dalam masa 5 hari bekerja. Bawa sekali surat ni (IC sementara) masa ambil IC baru nanti
Aku pun beredar selepas mengucapkan terima kasih sambil memberi rating 5 Bintang atas servis yang mantap, mesra dan lancar! Cuma satu aje yang Aku tak puas hati. Aku lupa nak potong rambut sebelum buat IC baru ni. Makanya hair style Aku tak smart macam dalam IC sebelum-sebelum ni, heheh.
>>>>>
Ok, Selepas seminggu. Aku baru teringat pasal IC Baru yang belum diambil di JPN. Memandangkan masa tu Aku agak sibuk maka Aku plan untuk ambil IC tu beberapa hari kemudian.
Dalam masa sama, Aku baru teringat. Mana kertas tu ek? Ye lah... Kali terakhir Aku pegang masa nak check-in hotel di Pengerang. Masa tu Aku bagi pada staff hotel untuk difotostat.
Lepas tu, serius Aku tak ingat, dia pulangkan semula ke? Aku letak kat mana? Allah...Blanknya rasa!
Aku tak sedap hati. Aku cuba telefon JPN Segamat. Nak kepastian.
Aku : Assalamualaikum, Saya nak tanya. 2 minggu lepas saya ada buat IC baru. Dah siap ke?
Staff JPN: Boleh saya dapatkan no. IC encik?
Staff JPN menyatakan yang IC baru Aku tu dah siap dan Aku dah boleh ambil. Tapi bila Aku cakap yang IC sementara Aku hilang, dia menyatakan yang Aku perlu ada surat tu untuk bukti masa pengambilan. Sekiranya betul-betul hilang, Aku perlu buat laporan polis!
Allah! Masak chai! Aku pun bertenang dan menamatkan panggilan.
Seriuslah kena report pula!
Bersambung...つづく

