Kisah App PARKMAX (Part 3) - Finale
Rabu, 21 Mei 2025
Sedutan entri lepas

Slurpee Aku dah tinggal setengah. Aku masih menunggu respon seterusnya. Hati yang awalnya panas, bertukar menjadi curious. Apa masalah sebenarnya? Sambil terngiang-ngiang lagu Tiktok "Entah siapa yang salah? Ku tak tahu..."

----------------------------------


Pelanggan bersilih ganti keluar masuk ke dalam farmasi. Begitu juga perasaan ini. Rasa pelik, rasa macam nak marah, rasa was-was. Tapi kerja kena buat. Aku terus melakukan kerja-kerja editing video sambil menunggu panggilan daripada Cik Anis.

Ainul berada di kaunter belakang. Macam biasa, senyap, fokus membuat kerja. Packing barang Shoppee dan Lazada. Amy pula di standby di kaunter depan. Senyap dan fokus dengan phone. Maklumlah pengantin baru. PJJ pula tu. Eh!! Terlajak sudaa. Heheheh.

Tiba-tiba! Telefon Aku berbunyi. Ok panggilan yang ditunggu-tunggu dari Cik Anis!

Cik Anis: Assalamualaikum En. Ezral Hensem.

Aku: Waalaikumussalam, Cik Anis.

Cik Anis: Maaf kerana menunggu. Saya dah buat semakan dengan sistem. Dan dalam sistem memang tiada saman untuk kereta En.Ezral.

Aku: Oh Ok, tapi kenapa saya masih dapat surat saman ya?

Cik Anis: Ok, bila saya teliti.....Cuba Encik Hensem, tengok semula surat saman Encik. Saya rasa, pegawai penguatkuasa tu salah tulis no. plat Encik.

Aku terus mencapai surat saman tu dan tengok semula.

Aku: Eh, ya lah! Dia salah tulis no. plat kereta saya!

Cik Anis: Kan...No. plat Encik adalah J**8381 tapi pegawai tu tulis dan daftarkan sebagai J**8881. Jadinya dalam sistem tak detect. Sebab tu saman hari ni tak wujud dalam akaun Encik.

Aku: Ooooo. Ok faham. Jadinya ini adalah human error la ya.

Cik Anis: Betul. Saya mewakili MPS memohon maaf atas kesilapan dan kesulitan ini. Kami juga membatalkan saman Encik untuk hari ini.

Aku: Sama-sama. Terima kasih Cik Anis atas tindakan pantas dan professional Cik. Oh ya, tolong sampaikan permohonan maaf saya pada staff lelaki yang jawab panggilan saya awal-awal tadi. Saya minta maaf sebab agak terkasar dengan dia ya.

Sebelum menamatkan panggilan sempat Aku memberi beberapa cadangan penambahbaikan untuk sistem App PARKMAX ni (walaupun Aku tau, cadang boleh, terima belum tentu, heheh).

Kesimpulannya. Kadang-kadang, sistem dah bagus, dah canggih. Tapi sebagai manusia, kita tak terlepas dari melakukan kesilapan.

Aku buat silap! Kau buat silap! Dia buat silap! Mereka buat silap! Kita semua buat silap. Sebab apa?
Sebab kita adalah manusia! Ok sekian dulu dari saya, wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

SsSaAapPP!
View Archives | Back to Top