
Salam buat pembaca dan follower semua.
Ok ni entri Raya paling lambat dalam sejarah, heheh. Walaupun macam dah terlambat tapi saya, isteri dan anak tetap ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu satu kemaafan di atas apa jua kesalahan baik zahir mahupun batin, di alam nyata mahupun alam maya. Segala yang baik kita kekalkan yang tak baik kita hindarkan.
Dari setahun ke setahun, hidup ini diwarnai dengan pelbagai warna dan cahaya. Warna-warni kehidupan ini juga datang dengan kegembiraan, kesedihan, kesilapan, pengajaran dan pengalaman.
Semoga dengan kehadiran lebaran ini dapat mengukuhkan hubungan yang terbina antara kita - yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.
Salam Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.
Ezral, Ainshah & Erham

