Kisah App PARKMAX (Part 2)
Jumaat, 21 Mac 2025


Sedutan entri lepas

Benar! Surat kompaun! Apa cerita?

------------------------------------

Aku tak puas hati? Aku gosok mata berulang kali. Betul. Tapi Aku biar dulu, Aku perlu ke 7-e terlebih dahulu. Beli apa yang patut, nak bagi tenang sikit hati ini. Heheh.

Aku kembali ke ofis. Aku renung surat kompaun ni. Ish, tak boleh jadi ni. Aku terus semak di App ParkMax. Tak ada pula saman baru bertarikh hari ni dalam list kompaun tu. Tapi surat ada. Lepas fikir-fikir. Aku pun call Majlis Perbandaran Segamat. Hati pun dah sejuk sikit lepas pekena Slurrpee Besar dengan harga promosi setiap Rabu. Aku pun bercakap dengan tenang. Dah set, tak naklah mengamuk-mengamuk.

Aku : Assalamualaikum, boleh sambungkan kepada bahagian penguatkuasa letak kereta?

Operator : Waalaikumussalam, sebentar ya...

Musik latar....

Staff: Hello, apa yang boleh saya bantu?

Aku: Hello, assalamualaikum. Saya nak tanya sikit encik. Apps ParkMax ada masalah ke hari ni? Sebabnya, saya dah bayar parking tapi saya masih dapat kompaun dari penguatkuasa?

Staff: Waalaikumussalam, oh yeke? Boleh jadi jugak sebab sebelum ni pernah ada isu.

Aku: Tulah, saya pun pelik. Saya dah bayar guna apps, tapi kena saman. Bila saya semak dalam Apps, tak ada pula saman dalam tu.

Staff: Oh, pelik. Boleh jadi penguatkuasa tu salah tengok atau sistem ada masalah. Encik di mana ya? Boleh datang ke pejabat MPS tak?

Aku: Saya memang di Segamat. Tapi tengah kerja. Kenapa saya kena datang ke sana? (dah mula panas)

Staff: Kalau encik datang sini, boleh kami cek, mana tau ada isu pada phone encik, atau pada apps tu ke?

Aku: Eh? Masalah ni dari pihak encik, saya pula kena pergi sana? Apa cerita macam ni??(suara dah mula tukar tune...)

Staff: Encik janganlah marah. Kami nak cek aje mana tau apps encik ada isu atau bug ke?

Aku: Awak janganlah ingat saya ni bodoh sangat. Sampai senang-senang nak suruh saya pergi sana. Apps ni kan dari pihak awak!

Aku tetiba rasa baran. Sepatutnya isu-isu macam ni dari ofis diorang boleh semak atau sekurang-kurangnya, pihak MPS boleh hubungi pemaju apps tersebut. Ini tak,nak susahkan pengguna pula. Aku rasakan kepala Aku makin panas, akhirnya Aku minta bercakap dengan orang atasannya. Oh ya staff tu staff lelaki. Tak lama lepas tu kedengaran suara perempuan. Kali ni lebih lembut dan profesional.

Pegawai tersebut memperkenalkan diri sebagai Cik Anis (bukan nama sebenar). Disebabkan Aku sedar yang Aku terover dengan staff tadi. Aku cuba bertenang dan kawal amarah Aku.

Aku ulang cerita Aku. Aku cakap dengan tenang dan nada lebih neutral. Dalam masa yang sama, Cik Anis pun memberi respon yang profesional, efektif dan pragmatis.

Setelah mendengar aduan daripada Aku. Perkara pertama yang diminta (tanpa perlu Aku ke pejabat Majlis) adalah gambar surat saman tersebut diikuti dengan screenshot senarai saman yang pernah Aku dapat sebelum ni daripada Apps ParkMax. Aku segera melakukan apa yang diminta. No question asked!

Cik Anis memberi jaminan untuk terus membuat semakan berkenaan isu ini, dan akan segera memaklumkan sebarang perkembangan atau dapatan kepada Aku a.s.a.p.

Slurpee Aku dah tinggal setengah. Aku masih menunggu respon seterusnya. Hati yang awalnya panas, bertukar menjadi curious. Apa masalah sebenarnya? Sambil terngiang-ngiang lagu Tiktok "Entah siapa yang salah? Ku tak tahu..."

Bersambung...つづく
View Archives | Back to Top