
Sejak dua menjak ni, kerap sangat Aku kena saman parking. Lagi-lagi bila Majlis Perbandaran Segamat (MPS) dah mula melaksanakan penggunaan Apps ParkMax ni yang dilihat sebagai satu langkah modenisasi seiring perkembangan zaman. Itu bagi generasi muda. Namun bagi komuniti senior dan kebanyakan, langkah ini dianggap satu perkara yang "payah dan melecehkan".
Aku sebagai generasi muda yang tak muda, tak ada masalah sangat. Bagi Aku, apa yang penting Apps itu mudah difahami, mudah digunakan dan sesuai untuk semua lapisan.
Ok berbalik cerita saman parking tadi. Antara sebab utama adalah sebab asik terlupa nak set dalam Apps. Selain tu, Aku juga selalu terlupa nak topap bila dah masa dah tamat. Makanya keraplah kena kompaun.
Untuk makluman semua, caj parking adalah seperti berikut: 30 minit=RM0.40, 1 Jam=RM0.60, 2 jam=RM1.20, Satu Hari=RM4.00. Kenapa tak bayar RM4.00 terus?
Haa mesti korang tanya macam tu kan? Ok jawapan Aku, kununnya nak jimat-jimat, tapi tak pun! Bila kena kompaun jadi makin rugi tau!
Tapi hari ni. Hari ni Aku berazam nak letak RM4.00 terus! Fixed! Sigma! Haahha...
Aku pun sampai-sampai aje ofis, terus set dalam apps, RM4 terus! No question asked! Hahaha!
Macam biasa, kerja punya kerja. Sampailah pukul 11.15 pagi, terasa nak pergi 7-eleven pula. Kebetulan hari ni Rabu, Slurpee gelas besar RM2.00 aje, heheh. Tak banyak cakap, Aku pun keluar dari ofis sambil mata menjeling ke kereta Omoda ku iteww. Aku terkejut! Seriuslah! Kenapa ada surat di wiper? Aku terus ke kereta untuk kepastian.
Benar! Surat kompaun! Tarikh hari ni! Apa cerita?
Bersambung...つづく

