Hello 2025!
Ahad, 05 Januari 2025


Sementara mood tengah ada ni, Aku pun terus ambil peluang untuk design Edisi 2025. Kali ni Aku pilih warna tema pinkish-red, eh yeke? Entahlah, Hahha.

Hari ni Ahad, 5 Januari 2025, Ahad pertama cuti bagi negeri Johor selepas tarikh yang sama 11 tahun lepas diumumkan sebagai hari bekerja bagi sektor awam.

Aku ingat lagi masa tu, tarikh 5 Januari 2014 yang mana adalah tarikh majlis perkahwinan sebelah Aku. Tiba-tiba jadi hari bekerja pula. Agak kelam kabut juga dibuatnya. Paling Aku tak boleh lupa, masa majlis Aku tu team kompang yang terdiri daripada bebudak sekolah tak dapat hadir sebab kena sekolah. Allah, terpaksalah DJ pasang kompang.mp3 untuk mengiringi perarakan masuk pengantin (Aku).

Adoyai! Terasa lucu pula bila teringat kisah tu.

Tapi yang pastinya dah masuk tahun 2025 ni cabaran dan dugaan akan terus datang dan tiba selagi kita bernyawa. Cuma sejajar dengan masa dan waktu, kita seharusnya lebih bersedia dan lebih matang dalam menghadapi dan menghadami apa yang bakal tiba.

Syukurlah, Aku juga dapat tukar off-day Aku yang sebelum ni pada Jumaat, kepada Ahad juga macam orang government. Terima kasih Boss! Heheh. Maka dapatlah satu hari rehat dan spend masa dengan keluarga tercinta.

Ok lah, setakat ni dulu coretan pertama 2025. InsyaAllah, Aku akan terus blogging dan sambung kisah Tega Berjeda nanti.

Ok selamat! SsSaAaPpP!

View Archives | Back to Top