
Selepas mendengar penerangan Aku, doktor tersebut terus menjawab ringkas "Ini Anaphylactic Shock"...
Aku tergamam seketika..."Sakit apa tu?" ujarku kepada doktor.
"Alahan atau allergy yang melampau." jawab doktor ringkas.
Doktor dengan segera mengarahkan pembantu klinik menyediakan kelengkapan yang sepatutnya. Aku mendengar beberapa arahan supaya menyediakan ini dan itu.
Beberapa istilah medical juga turut kedengaran dalam keadaan yang Aku kira agak genting juga pada masa tu.
Aku yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan "alahan melampau" tu pun terus membuat carian di google. Anda boleh baca secara lanjut di link ini : Anaphylactic Shock @ Anaphylaxis.
Dalam pada itu doktor bertugas kembali ke biliknya. Kedengaran dia sedang menelefon hospital untuk mendapatkan khidmat ambulans.
Antara kata-katanya yang membuatkan Aku semakin panik adalah, "Kami di klinik tiada ubat itu, minta ambulans datang ke klinik sekarang.". Allahhuakbar! Aku terdiam. Di dalam hati hanya mampu berdoa semoga jangan terjadi perkara yang tak diingini.
Doktor kembali ke bilik rawatan tempat Ain dan Aku berada. Kali ni dia memberitahu Aku sendiri tentang ketiadaan ubat yang dimaksudkan.
Dalam masa sama doktor cuba melakukan beberapa prosedur yang sepatutnya bagi membantu Ain yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Aku terus memanggil nama Ain. Namu tiada jawapan. Aku lihat pada alat periksa tekanan darah. Tekanan darah Ain 70/55! MasyaAllah! Terlalu rendah! Ya Allah, bantulah kami...
Bersambung...つづく

