Boleh C.O.D? (Part 5)
Mon, 26 Oct 2020


Ok ni part yang paling Aku nerves.

Aku cadangkan pada Ain, yang untuk permulaan ini Dendeng Mak Ngah perlukan sentuhan "influencer", hehee.

Haa?? Ain terkejut campur tak paham. Aku diminta untuk memberikan pencerahan tentang cadangan ni.

Aku pun cakap yang "influencer" ni tak semestinya artis atau personaliti terkenal.

"Influencer" tempatan/setempat juga boleh bagi impak maksima kalau kena cara dan orangnya.

Ni kerana "influencer" ni ada karisma tersendiri dalam memberi pengaruh pada "public" apabila membuat sesuatu "review" seperti makanan, pakaian, kosmetik dan sebagainya. Tak percaya tengok aje kat LIVE Facebook, instagram, GoSHop, Wow Shop dan sebagainya.

Ain pun faham dan setuju setelah Aku terangkan dengan panjang lebar.

Aku minta Ain untuk menyediakan beberapa set tester untuk diberikan kepada "influencer" yang Aku rasakan sesuai untuk tujuan ini. Set tester ni Aku hantar sendiri kepada "influencer" ni 2 hari sebelum tarikh pelancaran Dendeng Mak Ngah.

Aku pun terus "whatsapp" kedua-dua "influencer" yang ada dalam list Aku dan menyatakan hasrat hati ini. Kebetulan Aku memang kenal diorang ni "in person", so takdelah kekok sangat kan, hehe.

Alhamdulillah, respon yang sangat baik dan sangat positif. Satu kelegaan yang tak terhingga bagi Aku.

Apa yang kami expect? Dengan pemberian yang tak seberapa ni kami mengharapkan sedikit "review" daripada "influencer" ni di media sosial mereka yang terbukti mempunyai ribuan follower. Itu sahaja. Nak request lebih-lebih segan pula, hihi.

Keesokan harinya, siap aje masak dan "packing" Aku, Ain dan Erham terus deliver set "tester" ni kepada Rdija Ayop dan Malies Rahman.

Siapa mereka ni dan apa kata mereka?

"to be continued..."

つづく
View Archives | Back to Top