Kemalangan!
Sun, 12 Jan 2020
Jam menunjukkan pukul 6.05 petang, Aku segera bersiap, mengemas meja, off laptop, off air-cond.

Kelihatan Ain dan Erham pun dah sampai di parking lot. Aku terus mengunci pintu kaca dan bergerak ke sebelah untuk pulang kunci dan punch-out.

Sesampai dalam kereta, Aku disambut oleh Ain dan Erham. Aku memakai tali pinggang kaledar sambil bertanya kepada Ain. "Nak makan kat mana petang ni?" sambil menukar kepada gear "R". Sambil mengundurkan kereta perlahan-lahan Aku sedar ada sebuah motor melalui belakang kereta.

"Kita makan kat...", belum sempat Ain menghabiskan ayat. Bammm!! Kedengaran satu dentuman kuat dari sebelah kanan kami. Aku segera mematikan enjin kereta dan meluru keluar.

Allah! Seperti yang kami jangka. Sah! Eksiden motor (yang baru melalui belakang kami tadi) dengan sebuah kereta di persimpangan Rumah Bersalin Navis.

Penunggang kelihatan tersandar pada tayar kereta berkenaan sambil menahan kesakitan. Pehanya cedera, darah keluar dengan banyaknya.




Seketika kemudian, beberapa penunggang yang lalu turut berhenti dan melihat apa ayang terjadi. Aku segera berlari masuk ke klinik semula, Aku memberitahu staff bertugas SN Mira, SN Natrah dan NA Nur tentang kemalangan ini. Mereka juga bergegas keluar. Kebetulan masa tu tak ada patient.

Darah semakin banyak keluar daripada luka penunggang itu sehingga membasahi jalan. Aku pulak jenis yang tak boleh tengok darah banyak-banyak ni. Aku terus bertanya pada SN Mira dan Natrah. Nak buat macam mana? Silap-silap Aku pulak yang pengsan, hehe.

Salah seorang terus menelefon ambulans, selepas melihat keadaan penunggang tersebut yang semakin berdarah. Seorang lagi cuba untuk memberikan rawatan kecemasan pada lelaki yang berusia awal 20-an itu.

Pemandu kereta yang terlibat tidak hanya berdiam bahkan turut cuba membantu. Beberapa pemandu dan penunggang lain yang terdiri daripada pelbagai BANGSA, Melayu,Cina dan India turut membantu seadanya termasuk menjaga lalu lintas.

Kebetulan banyak pulak kenderaan yang nak lalu masa tu. Tak kurang juga ada segelintir pemandu yang tak peka dan cakna dengan keadaan cuba melajukan kenderaan sambil membunyikan hon kerana tidak sabar. Relax brader. Ada eksiden ni. Bukannya kami buat kenduri. Ujar salah seorang brader lori yang berhenti dan turut membantu.

Beberapa rakan sekerja penunggang di situ turut sampai selepas beberapa minit sebaik sahaja mengetahui keadaannya.

Tak lama lepas tu, kedengaran siren ambulans. Syukurlah jarak tempat kejadian dengan Hospital Segamat tak jauh. Lebih kurang 1 km aje. Sebaik sampai, kakitangan berkenaan terus
mengambil tindakan sewajarnya dan drastik. Terbaek geng Ambulans.





Alhamdulillah, mangsa kemalangan selamat di bawa ke hospital. Syabas pada semua yang membantu, terutamanya staff nurse daripada Rumah Bersalin Navis, pemandu dan penunggang yang lalu tanpa mengira bangsa di atas bantuan dan keperihatinan anda semua!

Siapa kata kita dah tak boleh hidup harmoni? Siapa? Apa yang penting? KERJASAMA! KERJASAMA! KERJASAMA!

Semoga mangsa tadi selamat dan dirawat dengan baik. Semoga kes ini juga boleh diselesaikan dengan sebaiknya, bukannya apa sebab kita..."Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat ...woooo ooooo..."
View Archives | Back to Top