Salam Lebaran 1440 (Part 7)
Fri, 14 Jun 2019


Salam buat pembaca dan follower semua.

Hari ni hari ke-10 kita beraya, rasanya masih belum terlambat (tapi macam dah terlambat aje...hehe) untuk saya, isteri dan anak untuk menyusun sepuluh jari memohon seribu satu kemaafan di atas apa jua kesalahan baik zahir mahupun batin, di alam nyata mahupun alam maya. Segala yang baik kita kekalkan yang tak baik kita hindarkan.

Semoga dengan kehadiran lebaran ini dapat mengukuhkan hubungan yang terbina antara kita - yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.

Salam Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga.

Ezral, Ainshah & Erham

__________________________________

Alhamdulillah, syukur kerana kesihatan Aku bertambah pulih. Badan semakin rasa bertenaga. Paling utama, selera dah kembali ON! Berat badan pun semakin UP la gamaknya. Nampaknya dah tiada lagi BMI yang sempurna untuk Aku macam masa Aku sakit hari tu.

Next TCA (appointment) Aku pada 10 Julai nanti. Kalau nak ikutkan, sepatutnya ni TCA terakhir. Harap-harap begitulah. Semoga semua ujian nanti menunjukkan result yang bagus. So lepas ni boleh stop dah ubat TIBI ni. Mohon sama-sama doa ya.

Tapi apapun ceritanya, syukur sangat pada Allah S.W.T Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Apa yang Aku laluinya sememangnya satu iktibar dan pengajaran bagi diri ini.

Pertama adalah kesihatan. Nikmat kesihatan adalah antara nikmat terulung dari Allah. Syukurilah selalu dengan sentiasa beringat dan berusaha mengekalkannya. Bak kata pepatah "Health is Wealth". Sangat bertepatan.

Keduanya adalah keluarga. Keluarga juga adalah nikmat dari Allah yang sewajibnya disyukuri dan dinikmati sebaiknya. Sekali lagi Aku nak petik kata pepatah "Family is Everything".

Apa lagi nak taip? Hmm ni je kot. Takleh nak pikir lagi sebab kepala pening terlanggar pintu kaca ofis. Ting tong dah kepala. Hehehe


View Archives | Back to Top