Entri Pertama 2018
Thu, 25 Jan 2018
Salam dan hai semua!!! Hmm... diam tak diam kita semua dah nak sampai ke penghujung bulan Januari tahun 2018 ni ya. Pantasnya masa berlalu.

Kalau nak cerita pasal tahun 2017 yang lepas, banyak nak kena cerita ni. Gembira, sedih, cemas, tekanan, ketawa, menangis, macam-macam hal, semua ada. hehehe. Tapi above all, 2017 adalah satu tahun yang boleh dikatakan antara yang sangat bermakna setakat ni bagi Aku dan Ain.

Kenapakah?



Muhammad Arif Erham. Ya! Arif Erham! Itulah makna terbesar dalam tahun 2017. Segala puji dan syukur pada Allah. Anugerah kegembiraan dan kesyukuran. Hmm, apa lagi nak taip ni? Err...next!!!

Ok tu dari persepektif peribadi dan kekeluargaan.

Dari segi kerjaya dan bisnes. Again, syukur dan syukur pada Allah. Terus melangkah, dan cuba terus maju serta kompetatif sebagai "orang baru" dalam perniagaan. EV Media terus up and running untuk tahun ke-4 pada 2018 ini. Sebahagian perancangan sudah mula berhasil, namun masih banyak lagi untuk dicapai dan perlu diraih. Kena terus berusaha dan usaha! Fighting EV Media!

Oh ok, Aku masih ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Kalau tak nanti lambat pula nak submit pada klien. Untuk penutup entri pertama ni, Aku nak share beberapa projek terkini EV Media. Semoga terus bertambah lagi projek seumpama ini hendaknya,insyaAllah. Amin.






P/s: Mohon klik dan support ya!
View Archives | Back to Top