28 Ogos...
Sun, 28 Aug 2016
Aku masih ingat lagi, Aku memecut SLK (Small Little Kancil) ku selaju yang boleh. Aku mesti sampai on time! Walaupun agak letih menempuh jalan raya dan highway yang jammed, aku tetap bersemangat dan fokus untuk sampai secepat mungkin, sebab dalam perkiraan aku, aku boleh sampai di rumah Segamat sebelum atau pada 12.00 tengah malam.

Dengan niat dan iltizam, aku terus memecut sambil berhati-hati, maklumlah hari dah malam dengan kenderaan yang masih banyak.

Jam pada dashboard menunjukkan 11.58 malam, dan aku dah pun memasuki perkarangan kawasan rumahku. Suasana sunyi. Mungkin Abah dan Mama dah tidur.

Sebaik aku menghampiri pintu, aku terdengar suara Mama berdehem dan kedengaran bunyi engsel dan tombol dibuka. Aku menyorok sedikit. Bila pintu dibuka aku lihat Mama tercari-cari sambil memanggil aku...

Aku pun keluar daripada "menyorok" sambil menyanyikan lagu "Happy Birthday"untuk Mama tanpa segan silu dan penuh kasih sayang...sambil aku memeluk Mama...Mama hanya tersenyum...Aku terharu sebab setiap kali aku balik ke Segamat dari KL, walau selewat manapun aku sampai Mama pasti setia menunggu aku sampai dan menemani aku makan. Selepas itu barulah dia masuk tidur.

Begitulah kasih seorang Mama, Ibu, Ummi, Mommy atau apa sahaja gelaran bagi seorang insan yang melahirkan kita ke dunia...

_____________________________________

Itulah antara secebis kisah yang pernah berlaku ketika birthday Mama pada 28 Ogos beberapa tahun yang lepas...

Tapi sejak dua tahun yang lepas dan seterusnya, Aku tak akan dapat lagi berbuat apa-apa, kerana Mama sudah tiada lagi...Hanya Al-Fatihah yang mampu kuhadiahkan kepadanya selagi hayat ada...

Mama...Happy Birthday...Al-Fatihah... :(
View Archives | Back to Top