Gembira Ceria Berseorangan (GCB)
Mon, 27 June 2011
Ya Allah, dah dekat sebulan tak update. Patut la rasa semacam aje, heheh.

Ok, untuk warm-up, mari kita mulakan dengan kisah siang tadi. Hari ni aku ke Cheras untuk men-settel-kan hal berkaitan printing kemudian ke Putrajaya juga atas urusan kerja. Sedar tak sedar tengok jam dah waktu makan. Dah alang-alang ada di Putrajaya, so malas nak pikir panjang aku pun terus ke Alamanda untuk lunch. Oh ya, hari ni aku berseorangan aje.


Chicken Katsu Don kredit to vialentino.blogspot.com


Cadangnya nak pekena Chicken Katsu Don, tapi tak-begitu-bertuahnya aku kerana ia sudah tidak dijual lagi. Bila aku tanya kenapa pada pekerja Tenpayaki (bangla kot, tapi cerah pula) tu, dia asik ulang "no more, no more" dengan muka yang sangat tidak mesra. Rasa nak cepuk aje dengan tuna mentah tu. Arghh!

Aku pun melangkah lesu meninggalkan food court itu. Perut pun lapar. Hmm..hmmm hmmm. Dalam pada aku melangkah dan terus melangkah, terlintas perkataan GCB di mindaku. Yes! Tanpa berlengah lagi aku terus melangkah ke McD. Syukurlah tak berlaku insiden "No more" atau "Dah abis". Terus aku order 1 set besar sebab leh dapat Mc Shaker sekali! Woot!~


Tak sabar nak membuka kotak itu...



Tadaa!


Alhamdulillah, puas hati jugaklah. Yelakan perut pun memang lapar. Ok tu aje :D

P/s:- Saya dah. Anda? :p
View Archives | Back to Top