Banjir!
Mon, 31 Jan 2011
Di saat aku menaip entri ini, hujan lebat sudah pun reda sedikit, namun hujan rintik masih terus membasahi bumi. Apakah dengan redanya hujan ini sebagai petanda banjir akan surut? Wallahua'lam. Hanya masa menjadi pengukur.

Petang tadi aku sempat keluar dari rumah setelah 2 hari berkurung bak beruang berhibernasi kaedahnya. Bukannya apa, cuaca sejuk dan hujan lebat menghalang aku untuk bergerak aktif di luar rumah. Tujuan aku keluar adalah untuk meninjau-ninjau keadaan sekeliling kampung dan kawasan berdekatan bagi mengetahui keadaan banjir semasa. Macam Renjer Banjir pula, hehe.

Dari cakap-cakap orang kampung banjir kali ni, ibarat mengulang peristiwa banjir 2006 yang mana boleh dianggap Banjir Besar!

Bersama camera digital compactku sempat aku snap beberapa shot untuk banjir di sekitar kampung aku petang tadi. Tapi yang sangat "potong" boleh pula bateri habis! Arghh!! Sangat tak cool, ok!

Apapun ini saja yang sempat aku rakamkan sekitar 6.00 petang tadi.


Kesian bebudak UiTM yang menyewa rumah ni, tengoklah tu...



Paras air sudah melimpah!
Jangan leka sangat bro main air tu, beringat sebelum kena



Sebuah lagi rumah mangsa banjir



Jika tidak banjir, kawasan ini adalah sebuah kawasan pertanian


Tulah sahaja foto-foto banjir yang sempat aku snap petang tadi. Aku memang bercadang nak pergi lebih jauh tapi apakan daya hubungan jalanraya masih terputus sehingga petang tadi.

Mudah-mudahan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin kerana banjir ini bukan pesta air tapi bencana yang memusnahkan harta benda dan boleh meragut nyawa.

Sekian dulu laporan saya dari Segamat, untuk blog.ORELLEX.
View Archives | Back to Top