Henshin Thursday!
Fri, 29 Oct 2010
Semalam Khamis, 28 Oktober. Aku sampai ke ofis macam biasa. Taklah awal mana, tidak lah lewat pula. Cun-cun saja. Setelah park Saga Inspira (heheh), aku terus menuju ke ofis. Kelihatan Din dan Anom tercegat di sebelah Kenari milik Anom. Rupanya ada problem. Tingkap kereta Anom tersekat. Naik tak boleh, turun pun tak boleh. Setelah mencuba beberapa kali, akhirnya aku dan Din give up. Ni memang kena bawa pergi workshop ni. Nak buat sendiri takut lain pula jadinya nanti. So aku suruh diorang letak beg dan barang diorang dulu di ofis sebelum ke workshop.

Dari jauh kelihatan seorang brader ni memegang 1 kotak dan mengetuk-ngetuk pintu ofis. Daripada t-shirt oren yang dipakainya menyatakan dia adalah staff Pos Laju. Aku terus menyapa brader itu. "Sorry bang, kami baru sampai ni." Brader tu kelihatan macam tak jadi marah. Maybe dia dah lama mengetuk-ngetuk di situ sebelum kami sampai, hehehe. Brader tu pun menyebut nama aku, bermakna kotak itu untuk aku. Selepas selesai urusan penyerahan bungkusan. Aku, Din dan Anom terus masuk ke ofis.



Aku membelek-belek kotak itu. Ringan saja! Bila aku perhatikan siapa yang mengirim, hehe aku dah agak. Ini adalah satu lagi hadiah dari kawan. Tapi kali ni dari utara pula. Ngeee!!!!

Nak tau aku dapat apa untuk kali ini?
Tadaaa!! Figura Aksi Kamen Rider Dragon Knight (US version) tapi kalau yang original version dipanggil Kamen Rider Ryuki!


Kamen Rider Ryuki @ Dragon Knight


Walaupun dah diberitahu lebih awal berkenaan bungkusan ini, tapi seriesly aku tak menyangka sama sekali akan isi kandungannya. Apapun hati ini, gembira tak terhingga! Thanks Zie Lie! Terima kasih!

Zie Lie ni juga salah seorang kenalan-cyber aku (seperti Omei) yang berkongsi minat dan hobi sebagai pengumpul figura aksi dan permainan klasik. Oh ya, cerita pasal figura aksi ni aku juga tengah menunggu satu lagi set STARCOM yang aku baru menangi di eBay. Harap-harap ia selamat sampai secepat mungkin, insyaAllah. Ok tu aje aku nak cerita untuk kali ni.

That's all folks!
View Archives | Back to Top