Kijang vs Rusa...
Sun, 8 Nov 2009
Syabas untuk Skuad Rusa, Negeri Sembilan atas kejayaan merangkul Piala Malaysia edisi ke-84 selepas menewaskan Skuad Kijang, Kelantan 3-1.



Sebagai penonton neutral, aku agak enjoy dengan perlawanan malam tadi walaupun sekadar menonton menerusi TV saje. Bagi aku, perlawanan malam tadi lagi best dan rancak kalau tak hujan. Baru boleh nampak kedua-dua team main dengan all-out, tapi nak buat macam mana, Negeri Sembilan dah membuktikan yang mereka adalah kuasa bola sepak tempatan.

Ledakan 3 gol termasuk 1 penalti sudah cukup untuk Skuad Rusa melangkah bergaya sebagai juara. Tapi gol tunggal menerusi free-kick Indera Putra pada minit terakhir adalah gol yang sangat mengujakan. Walaupun sudah terlambat namun ianya adalah gol yang "world class". Seriesly aku tabik. Respek!

Namun seperkara lagi yang aku rasa kurang menyenangkan ialah sikap sesetengah pihak yang yang tak bertanggungjawab. Pihak yang sekadar mempunyai semangat "half-sportsmanship".

Kenapa aku cakap cam tu? Sebabnya, pada peringkat awal sangat bersemangat, sanggup datang tanpa mengira jarak,cuaca dan sebagainya. Tapi bila nasib tak menyebelahi, mulalah nak menzahirkan kekecewaan dengan cara yang sama sekali tak bertamadun. Merosakkan bahkan mencederakan?



Apa ni? Perlukah meniru gaya orang lain yang tak baik? Pikirlah sendiri!
View Archives | Back to Top